Salam sejahtera!
Penerbitan Edisi Khas Jurnal e-Utama oleh Jabatan Bahasa dan Kebudayaan Melayu, NIE
"...Sejak merdeka, Pengajian Melayu di Singapura dan Malaysia telah berkembang dari segi jumlah universiti yang menekuni bidang ini, skop kajian, minat serta jenis-jenis kursus yang ditawarkan. Tumpuan pada bahasa dan sastera dan pendekatan yang diterima pakai dalam pengkajian kededua sub-bidang ini kini melampaui pendekatan- pendekatan yang dahulunya menjadi tulang belakang Pengajian Melayu. Edisi khas ini menghidangkan makalah-makalah yang boleh dianggap sebagai mewakili bidang Pengajian Melayu semasa yang juga menjanjikan pelestarian bidang ini ketika masyarakat rumpun Melayu bergelut dengan masalah-masalah baharu sesuai dengan kemajuan pesat manusia..." -dipetik daripada Pengenalan Edisi Khas Jurnal e-Utama (Jilid 3, 2011) : Menekuni Pengkajian Bahasa, Sastera dan Budaya demi Pelestarian Pengajian Melayu
Kunjungi lelaman Edisi Khas jurnal elektronik ini di : http://mlcd.home.nie.edu.sg/jilid3.html


